Pages

November 8, 2014

Stereotyping



Credit



Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Akhirnya diberi kelapangan masa oleh Allah untuk mengisi blog usang ini.


Eceh. Ayat skema sangat.


Nevertheless, syukur dan syukur hanya kepadaNya. Kerana setelah lebih seminggu tamat menduduki kertas peperiksaan dan seterusnya berhempas pulas mengemas rumah sebelum berpindah, akhirnya Allah memberi sedikit ruang untuk betul-betul menatap skrin komputer. Dan membuka blog ini sebelum balik ke Malaysia untuk menghabiskan cuti musim panas. InsyaAllah.



Baiklah. let's just make it short. Tak perlulah dipanjang lebarkan lagi pendahuluannya.


Stereotyping.


Ya. Stereotyping.


Sangat familiar perkataan ini bukan?


Stereotyping mengikut definisi Pakcik Wiki adalah sesuatu yang berkaitan dengan psychology. Berkaitan mengikut atau mengimplimentasi cara yang dilakukan oleh seseorang inidvidu,


Hurm..


Masuk bab psychology lah pulak.



Dan rasanya saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulasnya dari sudut psychology.


Walaubagaimanapun, stereotyping yang ingin diketengahkan di sini adalah dari sudut melabel seseorang atau sekumpulan manusia. Tanpa kita mengenali mereka.


Kurang lebih begitulah maksudnya secara kasar.


Contoh paling mudah dan paling biasa kita dengar adalah 'All muslims are terrorists.'


'Semua muslim adalah pengganas'.


Atau 'lelaki pengotor'.


Atau 'budak medik nerd'.



Semua ini adalah stereotyping. Kerana kita menganggap dan menyamakan setiap orang ke dalam satu klasifikasi kumpulan tertentu. 


Mengambil contoh di atas, ISIS kononnya mewakili muslim. Paling kurang dari segi nama yang dibawanya. Tetapi mereka yang sebenarnya adalah pengganas kerana membunuh ramai jiwa awam yang tidak berdosa, Tetapi tidak semua muslim menyokong malah hampir seluruhnya mengutuk kekejaman ISIS.


Jadi adakah semua muslim layak digelar sebagai pengganas?


Mungkin contoh ini lebih sesuai diberikan kepada mat salleh atau minah salleh yang sering melabel sisters yang berhijab atau brothers yang berjubah dan berserban sebagai pengganas.


Tidak sesuai untuk konteks kita sebagai muslim itu sendiri. Kerana kita yang sering dilabel. Bukan yang melabel.


Tetapi oleh kerana kita sering dalam kumpulan yang dilabel, kita sering merasakan kita berada di zon selesa.


Zon-tidak-men-stereotype-kan-orang.


Oh. Itu adalah silap besar.


Kerana suka atau tidak, kita tetap akan men'stereotype'kan seseorang kerana bangsa atau agamanya.


Jika tidak anda, saya.


Saya tanpa sedar juga telah men'stereotype'kan seseorang. Tanpa saya mengenalinya. Langsung.


Dan insiden ini berlaku hanya beberapa hari lepas. Ketika saya sibuk mencari kotak untuk berpindah.


Untuk dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kompleks membeli belah untuk membeli kotak. Alang-alang mencari kotak, saya mencari juga hadiah untuk hari lahir mak dan adik.




Itu alasan sebenarnya nak pergi shopping complex.




Sedang mata melilau mencari hadiah yang sesuai, dari kedai ke kedai, seorang jurujual lelaki dari satu booth menahan saya. Memberi pamplet.


"Do you have time miss? I want to show you a product,"


Saya memandang. Skeptik.


Nak promote baranglah tu.


Dan ini bukan stereotyping. Dia memang jurujual yang nak jual barang.



"Sorry. I'm in hurry." Saya membalas. Senyum.


"Oh. It's just a quick one. No more than five minutes." Pujuknya dalam telor bahasa yang tidak dapat dikenal pasti.


"Please. Just five minutes. And you don't have to buy it."


Catching phrase tu lagi. Nanti mesti kena beli jugaknya.



Tetapi entah kenapa, saya berhenti juga. Melihat dan mendengar penerangan jurujual tadi tentang produk jualannya.



Set penjagaan kuku.


Oh. Dan ini bukan men'stereotype'kan jurujual lelaki tadi sebagai lembut atau seangkatan dengannya. Hanya kerana dia menjual set kosmetik untuk tangan dan kuku yang biasanya digunakan oleh golongan hawa.


Walaupun  mungkin ada yang beranggapan sedemikian.


"With this nail buffer your fingernails will be shiny in less than a minute. I can show you how good it is."


Saya hanya senyum dan mengangguk. Dalam hati memang dah tak nak beli.


"And can I have your hand miss? I'll show you how to use it."


"I'm sorry. It's not that I don't want to. But we're not allowed to touch different gender." Saya cuba menerangkan.



"Oh. Sorry about that. But you can do it yourself while I show it to you." Katanya dalam nada agak bersalah. Tapi masih cuba memujuk agar membeli produknya.



Maka bermulalah sesi tutorial ringkas menggunakan produk tersebut. Produk yang berkualiti boleh saya katakan. Kerana kurang seminit menggunakan nail buffer (pengasah kuku), kuku saya sudah mula berkilat. Dan tampak cantik.



Tetapi ianya masih tidak menguatkan alasan saya untuk membelinya.



Membazir je beli. Lagipun banyak lagi benda besar lain nak dibuat selain kilatkan kuku. Permainan kanak-kanak je kilat kuku ni.



"I'm sorry if I don't explain in a good way. You know. I just arrived in Australia. So I'm not good in talking English yet." Kata jurujual tadi. Cuba meyakinkan produknya berbaloi untuk dibeli.



"Oh. So where are you originally from?"



"I'm from Israel." Balasnya tersenyum.



Terus fikiran saya kaku seketika. Terdiam.



Oh. Kau ni pembunuh rupanya. Kau lah yang duk bom dan bunuh saudara-saudara aku kat Palestine. Kau lah yang nak rampas Masjid al-Aqsa daripada kami. Sekarang ada hati nak jual barang kat aku.



Terus fikiran ini memenuhi segenap sel otak. Secara automatik.



Tetapi sedetik kemudian saya tersedar.



You are stereotyping him now. 


Mungkin dia dari Israel. Tapi tak ada bukti dia pernah bunuh orang Palestine. 



Dia memang dari Israel. Tapi mungkin dia tak pernah sokong dan setuju dengan apa yang berlaku di sana. Siapa tahu?



Malah saya tidak pernah mengenalinya. Maka adilkah bagi saya untuk terus melabelnya sebagai pembunuh?



Tika itu juga saya terfikir, beginilah agaknya perasaan atau fikiran non-muslim yang percaya muslim itu pengganas.



Setiap kali terpandang sister berhijab terus mereka memandang serong. Menganggapnya pengganas yang membawa bom dan senjata. Sedangkan sister ini hanya manusia biasa yang menganut agama berbeza daripada mereka. 


Malangnya ini kadang-kadang bukan salah mereka. Tetapi salah propaganda media Barat.


Sama seperti jurujual tadi. Walaupun kita memang tahu Israel itu musuh kita tetapi itu tidak bermakna kita boleh menyamakan setiap daripada mereka. Kerana hakikatnya masih ada yahudi yang tidak menyokong dan membenci dengan apa yang dilakukan pada rakyat Palestine.


Tapi dah memang terang tang tang dia tu musuh kita kan. Dalam al-quran sendiri cakap Yahudi ni musuh kita. Dah memang sah lah dieorang ni jahat.



Tapi adakah kerana semata-mata mereka sememangnya musuh kita maka kita perlu melabel, berkeras dan menyakiti mereka kembali? 


Islam adalah agama rahmat seluruh alam.


Islam mengajar umatnya agar menyantuni setiap makhluk. Walaupun musuh sendiri. Selagi mereka tidak mengajak kepada peperangan atau perbalahan.


Kerana dengan sikap ini juga boleh menjadi dakwah kita kepada mereka. Dengan menunjukkan islam yang sebenar. Islam yang penuh kebaikan dan rahmah. 


Because actions speak louder than words.


Dan kerana kita tidak pernah tahu kepada siapa hidayah Allah akan turunkan. Barangkali dia belum muslim kini. Tetapi siapa tahu dia bakal menghuni syurga kelak.



Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima islam.
(Al-An'am, 6:125)



Bahkan ketika zaman Rasulullah, Rasulullah sendiri pernah memberi makan pada seorang tua yahudi yang buta. Saban hari Rasulullah memberinya makan penuh kasih sedangkan orang tua ini setiap kali itu jugalah mengutuk Rasulullah. Tanpa mengetahui siapa yang menyuapkan makanan untuknya.


Sehinggalah setelah Rasulullah wafat, seorang sahabat menggantikan memberi makan kepadanya. Orang tua ini bertanya ke mana pergi lelaki yang selalu menyuapkan makanan padanya. 


"Kerana ternyata kamu bukanlah orang yang sering menyuapkan aku makan." Orang tua itu berkata.


Apabila sahabat memberitahu bahawa Rasulullah sudah wafat barulah dia sedar, orang yang menyuapnya selama ini adalah Rasulullah. Dan barulah dia sedar selama dia menghina dan mengutuk Rasulullah, baginda tidak pernah sekali pun melawannya bahkan terus memberinya makan. Dan kerana akhlak Rasulullah inilah, akhirnya orang tua ini memeluk islam.


Begitulah akhlak Rasulullah pada non-muslim. Cukup menyantuni mereka. Dan inilah yang menarik mereka untuk memeluk islam.


Maka seharusnyalah kita mencontohi baginda. Berbuat baik kepada insan lain. 



Walaupun mereka berbeza agama, bangsa atau warna kulit.



Kerana yang dipandang Allah itu adalah taqwa dan iman.  



Selain itu, stereotyping hanya akan menjauhkan kita daripada melakukan kebaikan kepada musuh kita, kepada non-muslim. Menghalang kita untuk berdakwah kepada mereka.


Even kepada sesama muslim sendiri.



"Alah dia tu free hair, mesti islam separuh separuh je tu."


"Dia tu asyik bertukar boyfriend je dari dulu. Tak payah lah nak ajak dia usrah. Buang masa je."



Senang kita melabel. 


Ini dia sekarang. Free hair. Bercouple.


Siapa tahu mereka sebenarnya sedang berusaha untuk berubah. Bahkan barangkali hubungan mereka lebih rapat dengan Allah berbanding kita, manusia-manusia yang mengaku berada dalam tarbiyah ini.


Dan siapa tahu dia inilah yang bakal menghuni syurga yang tertinggi di akhirat kelak. Sedang kita masih menerima azab di neraka sebelum ke syurga. Nau'zubillah.



Maka banyakkan husnuzhon atau bersangka baik pada sesama manusia. InsyaAllah Allah bakal menilainya. Dan jauhilah melabel atau men'stereotype' orang. 


Kerana hanya Allah yang lebih tahu akan setiap makhluknya. 



Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.






P.s: Saya tidak menyokong Israel dan Zionis malah sangat membenci perbuatan mereka terhadap saudara-saudara di Palestine, Cuma di sini saya hanya memberi reaksi yang terbaik dalam situasi berkenaan. Takkan nak emo dan marah-marah tak tentu pasal kan? ;)


P.s.s: Akhirnya saya tak beli produk yang dijual. Tapi saya tak cabut lari. Hanya menolak dengan cara baik. =)


P.s.s.s: Poin penting dalam penulisan ini adalah jangan cepat kita melabel atau menghukum seseorang a.k.a stereotyping tanpa kita mengetahui mereka. 

2 comments:

  1. Saya ternanti sambungan dengan jurujual dari Israel tu. Ada ending dia tak? Menarik nak tahu macam mana kita nak menghadapi orang Israel di mana-mana. Kalau saya, teringin nak tanya, are you supporting zionism? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.. Jujur takde sambungan dengan jurujual dari Israel tu. Cuma saya memang tak beli produk yang dijual dengan menolaknya secara baik. Saya banyak senyum dan puji produk yang dijual bagus cuma saya kesuntukan duit sebab saya masih student. Bukannya terus bersikap agresif dan cabut lari bila tahu dia datang dari Israel. Heheh =)

      Bila berjumpa orang sebegini just tunjukkan islam itu agama yang penuh kelembutan dan bukan pengganas seperti yang sering media barat labelkan. Jangan bagi peluang untuk mereka mengesahkan apa yang dicanang oleh media barat. Tetap hormati pendirian dan agama mereka selagi mereka tidak mengajak kepada pergaduhan. Seperti jurujual tersebut, dia tidak menyerang malah cukup berlembut dan sopan ketika mempromosikan produknya, Jadi tak perlulah untuk saya beremosi dan berkurang ajar dengannya. Selagi dia baik dan menghormati kita selagi itulah kita membalas dengan cara yang sama.


      Tetapi itu tidak bermakna saya menyokong zionis. Saya menentang malah membenci zionis atas apa yang dilakukan pada saudara-saudara kita di Palestine. Dan dalam hati saya tetap membenci perbuatan mereka walaupun jurujual tadi bersopan dan menghormati saya. Cuma kadang2 kita perlu bersikap profesional. Asingkan rasionaliti dengan emosi. Benci tapi dalam hati.


      Dan di Australia, kita tidak tahu samada mereka ini zionis atau yahudi. Yahudi adalah satu bangsa manakala zionis adalah yahudi yang menyokong penubuhan negara haram israel. Mereka ini mungkin yahudi tetapi tidak semestinya zionis. Kerana ada masyarakat yahudi yang tidak bersetuju dan menentang penubuhan Israel di Palestine.

      Seperti jurujual tadi, saya tidak tahu samada dia zionis atau tidak. Saya tidak tahu samada dia menyokong penubuhan tanah haram israel atau tidak. Jadi tidak adil bagi saya untuk pukul dia sama rata seperti penjajah haram israel yang lain kerana saya tidak pernah mengenalinya.

      Lainlah jika saya mengenalinya dan mengetahui dia seorang zionis. Atau jika saya berada di Palestine dan melihat kekejaman rakyat israel kepada saudara-saudara kita. Ketika itu cara kita menghadapi mereka ini akan menjadi berbeza. Mungkin tiada lagi berlembut kerana mereka yang mengajak kepada peperangan.

      Poin pentingnya dalam tulisan di atas adalah kita jangan cepat melabel dan menghukum orang tanpa kita mengenali mereka. Walaupun mereka berlainan agama dan bangsa dari kita. ;)

      Wallahu 'alam

      ps: Semoga jawapan ini membantu saudari. =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...