Robin Williams (21.7.1951-11.8.2014) -credit- |
Robin Williams. Satu nama yang sudah tidak asing lagi di persada seni Hollywood. Sebuah figura yang cukup hebat sebaris dengan bintang ternama antarbangsa. Malah auranya tidak pernah pudar dan masih kekal hingga kini walaupun sudah ramai bintang-bintang baru yang muncul dan meningkat naik.
Menyebut nama Robin Williams, pasti memori di zaman kanak-kanak kembali menjengah minda saya. Memori menonton layar peraknya yang sangat saya minati, Jumanji. Ia merupakan sebuah filem fantasi yang menceritakan bagaimana hidup dua orang kanak-kanak menjadi porak-peranda apabila mereka bermain 'board game' bernama Jumanji. Dan seperti 'board game' lain yang mempunyai misi yang perlu diselesaikan, begitu jugalah Jumanji. Cuma 'istimewanya' permainan ini adalah misi yang perlu diselesaikan berlaku di alam realiti dan boleh merubah corak kehidupan pemainnya.
Seperti jika diberikan satu teka-teki yang berbunyi, 'In the jungle you must wait, until the dice read five or eight'. Maka watak Robin Williams versi kanak-kanak yang sedang bermain ketika itu akhirnya menghilang ke udara dan hanya kembali semula ke dunia asalnya selepas berpuluh-puluh tahun apabila ada seorang kanak-kanak lain bermain Jumanji dan dadunya berhenti pada nombor lima.
Begitulah ceritanya. Ala-ala mistikal sikit.
Itu baru satu daripada banyak lagi filem beliau yang lain.

Oleh kerana kehebatan beliau, berita pemergiannya yang begitu mengejut dan tidak disangka-sangka seminggu yang lepas telah menggemparkan dunia dan mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar, laman sesawang serta di media sosial. Menambahkan lagi sensasi berita, pemergiannya cukup tragis apabila beliau meninggal di tali gantung buatan sendiri di rumah akibat masalah tekanan emosi.
Kepada peminat-peminat kipas susah mati beliau di serata dunia, berita ini memberi tamparan yang cukup hebat. Bukan sahaja kerana dunia telah kehilangan sebutir berlian berharga dalam arena lakonan, tetapi tidak dapat dibayangkan di sebalik wajah yang cukup ceria di layar perak itu sebenarnya menyembunyikan satu wajah dan karakter yang kelam. Kelam akibat telah lama menderitai kemurungan atau depression.
Nampaknya ramai tertipu dengan senyuman dan lawak jenaka yang sering menghiasi bibir Robin Williams selama ini. Kerana bibir yang tidak lekang dengan senyuman itu sebenarnya adalah topeng yang mengaburi mata manusia di luar daripada melihat masalah tekanan sebenar yang dihadapi beliau.
Bercerita tentang pemergian Robin Williams membuatkan saya terpanggil untuk menulis tentangnya.
Bukan perihal bagaimana caranya beliau mengakhiri kehidupan.
Tetapi apa yang ingin saya tarik perhatian anda adalah mengenai impak tekanan emosi yang akhirnya membawa kepada kematian beliau.
Tekanan emosi atau depression ini tidaklah terlalu diberi perhatian yang besar sebelum kematian beliau. Mungkin ada yang tahu tetapi bukanlah secara terperinci. Sekadar tahu depression itu wujud. Tetapi bagaimana ia boleh terjadi dan bagaimana ia memberi impak kepada diri tidak diketahui ramai barangkali.
Sebelum seseorang itu boleh diberi diagnosis depression atau kemurungan, beberapa gejala atau kriteria perlu ada dan dialami oleh diri individu tersebut. Seperti, rasa tertekan dan hilang rasa minat untuk melakukan aktiviti harian sepanjang hari selama berhari-hari. Antara simptom lain adalah perubahan cara pemakanan atau perubahan berat badan yang sangat mendadak sehingga bertambah atau berkurang daripada 5% berat badan asal. Disamping itu, pola tidur yang sangat ekstrim juga salah satu simptomnya. Samada insomnia iaitu sukar untuk tidur atau hypersomnia iaitu terlebih tidur.
Antara gejala lain adalah perasaan bersalah yang melampau-lampau atau tidak bertempat dan juga adanya perasaan dan pemikiran untuk membunuh diri. Jika lima gejala ini dialami oleh seseorang, pakar sakit jiwa boleh membuat diagnosis secara klinikal dan pesakit akan diberi rawatan yang bersesuain untuk mengatasi kemurungan ini.
Alamak. Aku adalah semua simptom-simptom ni. Macam mana ni? Aku ada depression ke? Kene pergi jumpa doktor ke tak ni?
Dah. Dah. Tak perlu anda nak serabutkan kepala anda tu mendiagnos diri sendiri.
Kalau anda ada masa untuk membaca blog ini dan dengan penuh eksaitednya mendiagnos diri sendiri, itu tandanya anda masih normal.
Kerana orang yang mengalami kemurungan ini tidak akan ada minat langsung untuk melakukan apa-apa dalam hidup, apatah lagi membaca blog.
Simptom mereka cukup kritikal berbanding apa yang saya terangkan di atas. Dan apa yang dinyatakan di atas hanyalah ringkasan diagnosis kemurungan.

Malah untuk mendiagnos seseorang dengan kemurungan memerlukan seseorang pakar sakit jiwa itu mendalami hidup individu tersebut. Berbicara dengan mereka sehingga berjam-jam. Memeriksa keputusan darah. Kemudian barulah mereka didiagnos dengan depression.
Bukan sekadar main tick je simptom yang ada kemudian terus kata pesakit tu ada depression.
Ianya lebih rumit daripada itu.
Bagi masyarakat Barat, kemurungan boleh dilabelkan sebagai sesuatu fenomena yang biasa dalam masyarakat. Malah di Australia ini, mereka menerima dengan terbuka dan memberi penekanan pada masalah depression. Dan cukup normal bagi seseorang yang mengalami kemurungan datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan. Kebiasaannya mereka ini datang apabila timbul perasaan membuak-buak untuk mencederakan diri atau membunuh diri.
Tetapi lebih biasa dari tidak, mereka ini dibawa dengan ambulans setelah membuat cubaan membunuh diri. Kadang-kadang dengan meracun diri sendiri dengan menelan pil atau ubatan secara berlebihan. Kadang-kadang dengan mengelar pergelangan tangan. Kadang-kadang dengan cubaan terjun dari tempat tinggi.
Kebanyakan kes-kes cubaan membunuh diri kerana depression ini saya pernah lihat dan saya dengar sendiri daripada pesakit.
Saya sendiri pernah melihat pergelangan tangan seorang wanita yang dikelar pisau dengan niat untuk membunuh diri. Kelaran pada pergelangan tangannya cukup dalam sehingga menampakkan urat-urat tangan di dalamnya.
Yang ini memang ngeri. Serius. Ngeri.
Saya sendiri pernah mendengar cerita seorang remaja yang menelan sebotol paracetamol. Juga dengan niat untuk menamatkan riwayat hidupnya.
Saya sendiri pernah berjumpa dengan seorang pesakit yang memberitahu dia akan cuba membunuh diri. Dan keesokan harinya, wad digemparkan dengan berita pesakit ini cuba menggantung diri dengan sehelai cadar yang digantung pada tirai wad.
Begitulah antara kisah yang saya dengar dan saksikan sendiri.

Melihat dan mendengar sendiri cerita mereka, membuatkan saya terfikir punca permasalahan ini.
Tidak dapat dinafikan pelbagai teori telah dikeluarkan oleh para saintis untuk menjelaskan mekanisma di dalam otak yang membawa kepada kemurungan. Ada teori yang telah dibuktikan kesahihannya menunjukkan ketidakseimbangan neurotransmitter yang menghubungkan neuron-neuron dalam otak mengakibatkan kemurungan. Juga terdapat pelbagai lagi teori dan penyebab lain yang kini diuji kaji oleh para saintis untuk menjelaskan penyebab masalah kemurungan.
Walaubagaimanapun, saya mempunyai teori saya yang tersendiri. Teori yang dibuat berdasarkan pemerhatian tidak rasmi saya di hospital.
Teori ini tidak mungkin akan diterima oleh jurnal-jurnal antarabangsa. Tidak mungkin juga boleh diterima oleh para doktor. Tetapi saya yakin teori ini masih logik dan masih boleh diterima akal.
Kemurungan ini berlaku pada pendapat saya adalah kesan daripada ketidakfungsian manusia mengikut aturan asal penciptaannya. Kerana manusia bertindak di luar manual asalnya.
Menyebutkan tujuan asal hidup manusia, saya ingin bertanya satu soalan.
Adakah anda tahu tujuan hidup anda? Apakah tujuan anda diciptakan di dunia ini?
Bagaimana?
Anda tahu?
Jika tidak, suka untuk saya menyebutnya berdasarkan firman Allah,
Allah menciptakan kita tidak lain hanya dengan dua tujuan iaitu untuk menjadi khalifah di bumiNya dan menjadi hamba yang menyembahNya.
Tetapi malangnya, ramai manusia di dunia ini yang lupa bahkan tidak tahu tujuan asal penciptaanya. Tertanya-tanya dan tercari-cari makna hidup yang sebenar. Oleh kerana itu, mereka ini sering hanyut terkapai-kapai dan akhirnya membawa mereka kepada kesesatan dalam melalui lorong-lorong kehidupan.
Mereka seperti manusia yang sesat di sebuah terowong gelap. Tercari-cari cahaya untuk memandu mereka keluar dari kegelapan yang pekat. Mereka ini tidak akan keluar daripada kegelapan itu selagi mereka tidak kembali kepada Pencipta mereka. Selagi mereka tidak menjalankan tangggungjawab mereka sebagai hamba Allah. Karena Allah jua yang menciptakan manusia. Maka sudah menjadi fitrah manusia perlu kembali ke pada Allah. Hidup bertuhankan Yang Maha Kuasa. Bukan bertuhankan hawa nafsu.
Jika tidak, mereka ini seperti sebuah mesin yang rosak.
Ibaratnya jika anda mencipta sebuah mesin membasuh baju. Sudah pasti mesin itu digunakan untuk membasuh baju bukan?
Tetapi, jika anda tiba-tiba gunakan mesin tersebut untuk membasuh pinggan, sudah pasti mesin basuh itu akan rosak kerana tidak digunakan mengikut tujuan asal penciptaannya. Malah pinggan mangkuk juga akan turut sama rosak dalam proses tersebut.
Begitu jugalah manusia. Mana mungkin manusia dapat berfungsi dengan baik jika hidup diluar tujuan asal penciptaan. Diciptakan untuk menyembah Allah semata-mata tetapi ramai manusia hidup untuk menyembah hawa nafsu mereka.
Jiwa dan hati mereka dicipta untuk diisi dengan perhambaan dan cinta kepada Allah. Maka tidak mungkin hati mereka akan terisi dengan apa-apa selain daripada Allah. Walaupun dengan dunia dan seisinya.
Segala yang diisi selain daripada Allah hanya menjadikan jiwa-jiwa ini gersang dan kering. Seperti yang dapat dilihat pada manusia di zaman ini. Mereka adalah mayat-mayat bernyawa sedangkan jiwa mereka kosong dan mati. Dan jiwa kosong ini membuatkan mereka resah, gelisah dan tidak tenang sepanjang masa.
Maka untuk menghilangkan keresahan, ramai yang memilih untuk mengisinya dengan hiburan. Mengisinya dengan keseronokan dunia.
Jika di Barat ini, mereka memilih untuk minum alkohol dan mengambil dadah untuk lari dari kehidupan sebenar buat sementara waktu. Hanyut dan khayal dalam dunia warna-warni buat seketika. Tetapi apabila tersedar, mereka kembali resah dan terpaksa berhadapan dengan realiti hidup sebenar. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan ini, ramai di antara mereka mengalami kemurunga kerana pergantungan mereka untuk gembira hanyalah bersifat sementara.
Jika kita pula, ramai yang mengisi jiwa mereka dengan keseronokan sementara seperti menonton wayang atau filem, mendengar lagu dan bermain game komputer. Kita akan rasa sangat seronok ketika melakukan semua aktiviti ini buat seketika.
Tetapi percayalah, semua ini tidak akan pernah memenuhi jiwa kita. Malah jika anda perasan, anda akan rasa ada sesuatu kekosongan dan lompang dalam hati setelah anda lakukan semua ini. Anda hanya akan terus ingin menonton dan mendengar dan bermain.
Selepas satu filem ke satu filem yang lain.
Selepas satu siri drama ke siri drama yang seterusnya.
Selepas satu game ke game yang baru.
Kitaran yang sama yang berulang-ulang.
Tetapi tidak pernah puas. Tidak pernah cukup.
Seolah-olah kita semakin ketagih untuk melakukannya.
Sebenarnya, jiwa kita sedang kelaparan dan kebuluran. Jiwa kita sedang menjerit-jerit meminta supaya diberi makan padanya. Tetapi kita pula memberi sampah sebagai makanannya. Sudah pasti tidak akan pernah kenyang malah jiwa kita akan jatuh sakit.
Seperti tubuh badan yang memerlukan gizi yang cukup untuk menjamin kesihatan begitu jugalah jiwa kita. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara rohaniah. Perkara-perkara yang membawa kita kepada Tuhan. Itulah makanan asasinya.
Bukan hiburan. Bukan dunia.
Hiburan dan dunia hanyalah sampah yang akan mengenyangkan jiwa kita buat seketika. Solusi jangka pendek. Tetapi memberi impak besar untuk kesan jangka panjang. Kerana jiwa kita akan jatuh sakit daripada sampah-sampah yang diisi padanya. Dan jiwa yang sakit ini akan membawa kepada permasalahan dalam kehidupan seharian. Tiada ketenangan dalam hidup. Tiada ketenteraman.
Jujur, saya pernah terperangkap dalam perangkap dunia ini. Hidup saya tidak lain hanya untuk mencari keseronokan dunia. Hidup saya dipenuhi dengan drama-drama Korea, lagu-lagu Barat dan game-game komputer.
Saya pernah marathon 24 episod drama Korea dalam masa dua hari. Menonton tanpa henti. Berhenti untuk makan dan mandi.
Saya pernah bermain game The Sims hingga tidak tidur semalaman. Semata-mata untuk menyiapkan rekaan rumah idaman saya.
Tetapi semua ini tidak pernah membuatkan saya rasa terisi. Saya tidak merasakan satu kepuasan setelah menghabiskan satu siri drama Korea. Saya hanya ingin menyambung drama seterusnya. Kemudian ke drama seterusnya. Setelah bosan menonton drama saya beralih kepada video atau game pula.
Begitulah hidup saya.
Dan saya sangka ia adalah kebahagian hidup sebenar.
Malangnya saya silap besar.
Itu bukanlah kebahagiaan sebenar. Tetapi ia hanyalah fatamorgana dunia.
Kebahagiaan sebenar adalah apabila saya berkenalan kembali dengan Pencipta saya. Dan untuk itu saya bersyukur dengan kesedaran dan hidayah yang diberikan Allah. Bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai erti kebahagiaan sebenar. Kebahagiaan apabila dapat mengenal kembali siapa sebenarnya Allah dan kembali mendekatkan diri kepadaNya.
Setelah berjumpa kembali denganNya, hidup saya terasa cukup lengkap. Saya tidak lagi tercari-cari drama Korea, game The Sims atau segala jahiliyyah yang seangkatan dengannya. Jiwa saya cukup tenang dengan hanya KitabNya dan kata-kataNya. Sehinggakan segala masalah yang datang saya kini boleh memandangnya dari sudut pandang yang positif dan menerimanya dengan tenang. Tidak lagi stres dan tertekan. Cukup tenang menghadapinya dengan hanya mengingati bahawa Allah sentiasa bersama saya.
Oleh yang demikian, permulaan kita meninggalkan Allah serta apabila kita lupa tujuan asal hidup adalah permulaan kepada masalah dalam kehidupan kita. Bermula dengan keresahan akhirnya ia boleh menjurus kepada masalah yang lebih besar seperti kemurungan. Keseronokan dunia hanyalah solusi sementara untuk jiwa. Tetapi kembali kepada Allah jualah solusi dan penawar yang sebenar.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi".
(Al-Baqarah, 2:30)
Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyyat, 51:56)

Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd, 13:28)
No comments:
Post a Comment