Farhah menoleh jam tangannya yang berjenama B.U.M hadiah pemberian ibunya.
"Alamak lagi lima minit. Sempat ke nak kejar bas
ni. Jangan la terlepas lagi macam semalam."
Farhah menggumam dalam hati.
Kakinya melangkah pantas di kaki lima kedai berdekatan rumah sewanya menuju ke arah perhentian bas. Perhentian bas yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya itu tidak lah terlalu jauh.
Kakinya melangkah pantas di kaki lima kedai berdekatan rumah sewanya menuju ke arah perhentian bas. Perhentian bas yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya itu tidak lah terlalu jauh.
Tetapi mengirakan masa yang diperlukan untuk melintas
jalan ditambah sistem pengangkutan awam yang sangat cekap dan menepati masa,
dia ragu-ragu akan sempat mengejar bas kali ini. Jika terlepas kali ini, terpaksalah dia
menunggu bas seterusnya 15 minit kemudian. Alamatnya dia akan terlewat
menyertai ward round pagi itu.
Semalam dia sudah terlambat ke hospital kerana
ketinggalan bas. Kali ini dia nekad tidak mahu terlambat lagi. Cukuplah
jelingan tajam consultantnya semalam menjadi amaran baginya agar
menepati masa. Naik meremang juga bulu romanya melihatkan panahan tajam itu.
Masakan tidak, Dr Erensson yang terkenal dengan ketegasan beliau sudah beberapa
kali menghamburkan amarahnya kepada pelajar perubatan yang tidak cekap dan
tidak berdisiplin. Dan dia tidak mahu terkena penangan amarah Dr Erenson.
Hati Farhah semakin cuak mengingatkan muka tegas
consultantnya. Peluh dingin mula merembes keluar dari liang-liang roma
kulitnya dan membasahi kulitnya sambil kaki terus melangkah laju.
"Itulah. Siapa suruh tidur lepas subuh. Kan dah
tak berkat. Terlambat pulak tu."
Farhah membebel dirinya sendiri. Satu perkara yang sering Farhah lakukan bilamana dia membuat kesilapan atau ada insiden yang memalukan diri.
Satu perkara yang dipelajari dan agak sukar untuk
diaplikasikan Farhah sejak menyambung pelajarannya ke Negara Koala ini
adalah menepati masa. Agak sukar baginya untuk merancang perjalanan. Yalah, di
Malaysia sangat jarang orang menepati masa. Kalau berjanji pukul 11 pagi, pukul
11.30 baru akan nampak batang hidung. Tapi di sini, tepat pada masanya adalah mesti dan perlu dihormati kecuali ada sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Itu akan dimaafkan.
Bukan Farhah tidak cuba untuk mengamalkan budaya yang baik ini. Cuba untuk menepati masa sebaik
mungkin. Cumanya, dalam seminggu ini dia beberapa kali terlambat ke hospital
dek malamnya dia terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan repot ditambah
dengan segala tok nek pelajaran yang perlu ditelaah. Hari-harinya dia kepenatan berkejar mengikut doktor di hospital. Malamnya pula tidur tidak cukup kerana diganti dengan membaca buku-buku medikal yang tebal sebagai bahan telahan. Dia penat. Teramat penat. Dek kepenatan seharian, dia sering terlambat bangun tidur dan akhirnya lambat ke hospital.
* * *
“Wait! Wait!”
Farhah menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya ke
arah bas yang berhenti di perhentian bas. Bas bernombor 24 itu sedang setia menunggu penumpang untuk memenuhi perutnya. Kelihatan penumpang terakhir telah melangkah ke dalam perut bas. Beberapa ketika lagi bas akan mula bergerak. Tapi Farhah masih lagi berlari-lari anak menuju ke arah bas, masih agak jauh ketinggalan.
'Come on. Lagi 50 meter je. Janganlah driver
bas ni buat-buat tak nampak.'
Hati kecil Farhah mengomel. Kaki yang sebelumnya luas
melangkah kini sudah mula berlari-lari anak menghampiri bas bernombor 24 yang
destinasinya menuju ke arah bandar.
Sampai di hadapan pintu bas, Farhah tercungap-cungap. Sepanjang mungkin nafas ditarik untuk mengisi paru-parunya yang kehausan oksigen. 'Alhamdulillah. Sempat jugak.'
Sampai di hadapan pintu bas, Farhah tercungap-cungap. Sepanjang mungkin nafas ditarik untuk mengisi paru-parunya yang kehausan oksigen. 'Alhamdulillah. Sempat jugak.'
"Mornin'!"
Sapa pemandu bas ramah sambil memerhati Farhah yang terkial-kial mencari kad pas pengangkutan awam dalam beg tangannya.
Farhah
menguntumkan senyuman manis sambil mengucapkan terima kasih. Ditag kad
pengangkutan awamnya dan kemudian duduk di kerusi kosong berdekatan sambil menghela nafas lega.
* * *
Farhah terduduk kepenatan di kerusi di hadapan wad 9A.
Sebuah sudut kecil yang menempatkan beberapa buah kerusi dan sebuah meja kecil
yang dipenuhi dengan beberapa buah majalah. Ruang menunggu yang disediakan
untuk pelawat bagi pesakit wad 9A, sebuah wad geriatric. Kelihatan sepasang suami isteri lingkungan 70-an sedang
berbual-bual rancak tidak jauh dari tempat duduknya. Melawat rakan barangkali.
Farhah membuat telahan.
Matanya dipejam kejap. Kepenatan. Impak dari berjalan dan
berdiri sejak melangkah ke hospital pagi tadi. Sejak dari pagi Farhah bergerak
mengikut Dr Erensson membuat ward round
bersama kumpulannya yang terdiri daripada seorang registrar, dua orang intern
dan tiga lagi pelajar perubatan sepertinya. Kebetulan minggu ini ramai pesakit
diletakkan di bawah Dr Erensson. Jadinya ward
round minggu ini lebih lama dan lebih meletihkan dari biasa.
Sekilas Farhah menoleh jam di tangan. Jarum jam
menunjukkan jam 11.45. Baru sekarang Farhah berpeluang untuk duduk,
menghilangkan seketika lenguh kaki yang mula menjalar.
Sedang dia berkira-kira sama ada ingin turun ke cafe
hospital makan tengah hari atau pergi berjumpa dan mengambil history seorang pesakit,
Shen, seorang rakan sekumpulan yang juga dari Malaysia menyapa.
“Hey Farhah, do
you wanna come with me and see a new patient?”
Farhah memandang Shen. Menimbang-nimbang.
“Yup. Sure.
Who’s the patient?”
“She’s Mrs Davis
in 4D. She came for UTI yesterday. But she has Alzheimer for years. Might not
take her history since it’s not that helpful but we can just do mini mental state
examination.” Terang Shen ringkas.
“Ok. Let’s meet
her.”
Farhah berjalan beriringan dengan Shen menuju ke arah
katil 4D. Kelihatan seorang wanita 70-an yang agak berisi sedang duduk di
sebuah kerusi bersebelahan katil sambil membuang pandang ke luar jendela.
Wanita dengan rambut beruban putih ke paras bahu dan
mengenakan baju tidur berwarna biru muda itu begitu asyik melihat pemandangan
di luar jendela. Melihat kereta menyusuri jalan raya dan kereta api bergerak
mengikut landasannya. Atau mungkin memandang kosong dan mengelamun sebenarnya.
Dek terlalu hanyut dalam lautan fikirannya, wanita
lebih separuh abad ini tidak menyedari Farhah dan Shen yang kini sudah berdiri
menghadapnya.
Shen lalu menegur lembut Mrs Davis. Mematikan lamunannya.
Kepalanya menoleh dan dipandang anak muda berbangsa Cina itu dengan senyuman
ceria. Jelas terpamer kedutan di sudut mata dan di sebahagian besar wajahnya
yang dimamah usia. Tanda usianya yang semakin senja.
Shen dengan ramahnya memperkenalkan dirinya dan Farhah
serta tujuan mereka berdua menemui wanita itu.
“Hello Mrs
Davis. I am Shen and this is my collague, Farhah. We’re fourth year medical
students. So, today we would like to assess your mini mental state. It’s just
basically asking you a few simple questions. Are you okay with that?”
Ini adalah ayat pengenalan diri yang dihafal dan
digunakan oleh hampir semua pelajar perubatan. Dialog yang sama, cuma diubah
mengikut situasi. Senang. Ringkas. Tidak perlu memerah otak untuk menggoreng
ayat yang extravaganza.
Shen bertanya sedikit sebanyak kondisi Mrs Davis hari
itu. Sekadar membina rapport atau
berbasa-basi. Wanita berbangsa Inggeris itu begitu peramah. Begitu senang
bercerita dan begitu ceria. Farhah dan Shen melayan sahaja segala ceritanya.
Kadang-kadang terangguk-angguk kepala mereka mengiya cerita wanita itu. Kadang-kadang
tersengih-sengih mereka mendengar lawak Mrs Davis.
Sedang Shen khusyuk mendengar cerita penghijrahan Mrs
davis ke Australia lebih 40 tahun lalu, mata Farhah melilau memerhatikan
sekeliling wad. Wad ini menempatkan empat buah katil pesakit yang disusun berhadapan antara satu sama lain bersama sebuah kabinet kecil di tiap-tiap
sebelah katil.
Katil di sebelah Mrs Davis kelihatan lengang tapi jag air dan
gelas di atas meja menandakan katil tersebut bertuan.
‘Ke fisioterapi atau ke tandas mungkin.’ Getus
hati Farhah.
Matanya beralih ke arah katil berhadapan Mrs Davis.
Seorang pesakit wanita sedang tidur dengan selimut menutupi paras dada. Badan
pesakit tersebut bergerak perlahan. Mengubah posisi badan barangkali.
Tiba-tiba telinga Farhah menangkap suara halus mengerang kesakitan. Setiap kali sekujur badan pesakit itu bergerak ia
akan diringi dengan suara yang mengaduh kesakitan. Sedikit demi sedikit pesakit
itu bergerak mengubah posisi badannya.
Timbul rasa kasihan dalam hati Farhah. Lantas
dia mengangkat punggung menuju ke arah pesakit berkenaan. Meninggalkan Shen dan
Mrs Davis yang semakin rancak berbual.
Mrs Smith. Farhah membaca nama yang tertera di atas
kepala katil. Farhah menegur Mrs Smith lalu menawarkan diri untuk membantu.
Mendengarkan tawaran Farhah, jelas terpampang rasa lega pada wajah tua itu.
Perlahan-lahan dan dengan penuh berhati-hati Farhah menolong
wanita tadi membetulkan baringnya. Dengan penuh kepayahan dan kesakitan,
akhirnya wanita tadi berbaring dengan posisi berlawanan dari sebelumnya.
Lenguh badan berbaring dengan kedudukan yang sama berjam-jam lamanya. Terang
Mrs Smith. Tetapi wajahnya sungguh muram
dan sugul. Mungkin tidak tertahan dan tertanggung dengan kesakitan yang
dialami.
Baru Farhah ingin berlalu, Mrs Smith tiba-tiba
bersuara,
“Why I’m in
pain? Why God make me suffer? Why God doesn’t love me?”
Farhah terkedu. Kaku. Tidak pasti bagaimana ingin
membalas.
Dipandang wanita tua itu dengan penuh belas kasihan,
“It’s alright,
dear. It’s not that God doesn’t love you. Because He loves you, He gives you
this test. Because He knows you’re strong and can overcome this test. He just
prepares you to be stronger. He just knows you can go through this. Just
remember Him and pray to Him to ease everything.”
Tenang Farhah membalas.
Air mata mula bergenang di penjuru mata tua itu.
Dipandang Farhah dengan penuh kasih. Kedua-dua tangannya kemudian mencapai
tangan kanan Farhah dan digenggam erat tangan itu.
“That is so
sweet of you.”
Hati Farhah tersentuh. Tidak disangka dengan sedikit
kata-kata semangat, dia berjaya mengembirakan seseorang yang sedang menderita
kesakitan. Betul lah. Kadang-kala, apa yang diperlukan pesakit bukanlah segala
jenis ubat untuk mengurangkan kesakitan tetapi yang diperlukan adalah sedikit
kata-kata semangat untuk mereka mengharung dan meneruskan perjuangan mereka
melawan penyakit yang dihadapi.
Farhah tersenyum. Dalam kotak fikirannya ligat
menganalisa dua pesakit ini. Dia melihat betapa berbezanya dua orang pesakit
ini. Mrs Davis yang sangat ceria dan positif sedang Mrs Smith bermuram dan
dalam kesakitan.
Tetapi persamaan mereka berdua adalah pada satu titik bilamana
mereka sangat menghargai sesiapa yang datang berbual-bual dan mengambil berat
tentang mereka. Itulah manusia. Fitrahnya mereka sukakan kebaikan. Hanya
sedikit ‘act of kindness’ boleh
merubah hari seseorang menjadi lebih baik dari semalam.
Hati Farhah berbunga girang mengenangkan hari ini dia
telah belajar sesuatu yang sangat penting. Sesuatu yang tidak dapat dipelajari
dari buku-buku teks tebal di perpustakaan. Sesuatu yang hanya boleh dipelajari
dari pengalaman hidup. Dalam diam, hati Farhah berjanji untuk memegang dan mengaplikasikan
pelajaran baru ini dalam dia meniti hari-harinya sebagai pelajar perubatan dan
insyaAllah sebagai pegawai perubatan suatu hari nanti.
Glosari
Consultant - Senior doktor yang telah menamatkan latihan kepakaran a.k.a doktor pakar
Registrar - Doktor dalam training untuk menjadi pakar
Intern - Junior doktor a.k.a houseman di Malaysia
Ward round - Lawatan doktor pada setiap pesakit di bawah jagaannya
Mini mental state examination - Sejenis ujian lisan yang dijalankan ke atas pesakit untuk menilai tahap memori mereka.
Rapport - Berkenalan dan membina hubungan kepercayaan.
P.s - Cubalah belajar untuk menepati masa.
P.s.s - Berbuat baiklah kepada sesiapa pun yang kita jumpa. Dan layanlah orang lain sama sepertimana kita nak orang lain layan kita. Mutual respect.
P.s.s.s - Saya pon still struggle untuk mengurus masa. Haih. -_-
No comments:
Post a Comment