Saudara-saudara seaqidahku,
Di Mesir,
Di Palestin,
Di Syria,
Di Myanmar.
Di Myanmar.
Saban hari kau,
Berhadapan kemelut yang tak pernah kesudahan,
Melawan sang tiran kejam tidak berperikemanusiaan,
Bangkit penuh semangat berjuang habis-habisan,
Tanpa gentar mengangkat panji islam untuk ditegakkan.
Saban hari,
Tanahmu bergegar menerima ledakan bom bertubi-tubi,
Wanitamu diperlekeh, diratah, diperlakukan sesuka hati,
Anakmu meratapi kehilangan ahli keluarga berkali-kali,
Tetapi rijalmu, tegar mengharap syahid datang menjemput diri.
Saudara-saudaraku,
Kau dinafikan hak untuk hidup sebagai manusia bebas,
Musuh durjana menghenyakmu tanpa ehsan dan belas,
Dirimu dianggap merbahaya lebih daripada binatang buas,
Barat terus memerhati dan mendabik dada penuh rasa puas,
Saudara-saudaraku,
Jiwamu begitu kental melawan musuh Allah yang durjana,
Rijal-rijalmu melangkah penuh gagah mengangkat senjata,
Bermati-matian memerdekakan diri, keluarga dan negara,
Dari cengkaman syaitan kuku besi bertopengkan manusia.
Saudara-saudaraku,
Imanmu sungguh teguh menegakkan agamaNya,
Tidak pernah gentar dengan penyeksaan di dunia,
Janji Allah kau percaya dan imani sepenuh jiwa raga,
Menanti syahid dengan senyuman semekar bunga.
Sejak puluhan tahun lalu,
Ratusan ribu gugur syahid di Palestin dihentam Israel laknatullah,
Sejak beberapa tahun lalu,
Puluhan ribu gugur syahid di Syria disembelih Basyar hizbu
syaitan,
Sejak beberapa bulan lalu,
Ribuan gugur syahid di Mesir dikerjakan As-Sisi si boneka Barat,
Dan kini,
529 lagi bakal syahid di tali gantung dunia tanpa pengadilan.
Sesungguhnya,
Saudara-saudaraku,
Bukan kematian sia-sia yang mengejarmu,
Tetapi kurniaan syuhada sedang menantimu,
Pintu syurga ternganga luas hanya untukmu,
Bidadari penuh setia menunggu kepulanganmu.
Tetapi,
Apakah salahmu saudaraku?
Hingga kau diperlakukan sedemikian rupa?
Apakah silapmu saudaraku?
Hingga nyawamu begitu murah di mata mereka?
Sesungguhnya,
Tiada salahmu, tiada silapmu,
Kerna telah kau laksanakan tugasmu sebagai khalifah di muka bumi,
Tanpa jemu kau berdakwah membina pemudamu mencari redha Ilahi,
Jiwamu membara dengan api jihad menegakkan agama syumul ini,
Sedangkan aku bertatih mentarbiyah diri masih takut menghadapi mati.
Saudara-saudaraku,
Tiada salahmu, tiada silapmu,
Kerna telah kau laksanakan tugasmu sebagai khalifah di muka bumi,
Tanpa jemu kau berdakwah membina pemudamu mencari redha Ilahi,
Jiwamu membara dengan api jihad menegakkan agama syumul ini,
Sedangkan aku bertatih mentarbiyah diri masih takut menghadapi mati.
Saudara-saudaraku,
Tiada salahmu, tiada silapmu,
Salah aku kerana tidak mendidik pemuda-pemudaku,
Dengan pembinaan jiwa dan keimanan hanya pada Yang Satu,
Membiarkan mereka leka diulit keindahan dunia nan palsu,
Lemah, lemau, layu untuk berjuang turut sama membantu.
Dan,
Maafkan aku saudara-saudaraku,
Kerana hanya memerhati bagai patung kaku,
Kerana hanya menyepi, diam terus membisu,
Kerana hanya doa dan wang yang diutus saban waktu,
Kerana hanya itu yang termampu bagiku.
Aku tahu,
Aku pengecut,
Aku penakut,
Aku seorang yang bacul,
Aku seorang yang bacul,
Yang hanya tahu menyorok di bawah selimut.
No comments:
Post a Comment