credit |
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. Lailahaillahu wallahu akbar. Allahu akbar walillahi hamd.
Syahdu sekali pagi ini apabila corong telinga saya menangkap puji-pujian kepada Allah dari pembesar suara yang terpasang tatkala kaki melangkah menuju ke surau yang terletak di tingkat bawah Malaysia Hall. Syahdu membayangkan kemenangan yang diperoleh dengan berlabuhnya tirai Ramadhan semalam. Tanda berakhir sudah bulan penuh barakah dan rahmah.
Ditambah rasa sayu menyambut lebaran kali ini di perantauan buat kali pertamanya berdua sahaja bersama-sama seorang ahli keluarga (usrah). Sementara ramai rakan-rakan yang lain beraya di kampung halaman. Sekurang-kurangnya kehadiran ukht ini mengurangkan rasa sayu dan kami saling melengkapkan raya antara satu sama lain. Haru-biru juga jika beraya bersendirian tanpa teman.
Kami memilih untuk mengerjakan solat aidilfitri di surau Malaysian Hall bersama-sama sebilangan rakyat Malaysia yang tidak pulang ke kampung halaman dan tidak kurang juga dengan mereka yang memilih untuk merasai suasana kelainan beraya di perantauan. Dan alhamdulillah syukur ke hadratNya diberi kesempatan meraikan kemenangan ini bersama-sama mereka. Walau hanya ala kadar juadah yang dihidangkan selepas solat aidilfitri (masing-masing membawa potluck) kerana ingin menghormati tragedi MH17, ia sudah mencukupi dan cukup disyukuri.
Apa yang diharapkan? Sudah pasti meraikan aidilfitri di perantauan tidak akan pernah sama dengan meraikannya di tanah air. Ditambah dengan peristiwa-peristiwa hitam yang tercatat di sepanjang Ramadhan kali dan juga rentetan insiden-insiden yang tiada kesudahan. Saudara-saudara di Gaza diserangIsrahell Israel laknatullah, MH17 ditembak jatuh, saudara-saudara di Syria masih tersepit dan menderita disembelih si Bacul Basyar, rakyat Mesir dan Ikhwanul Muslimin masih ditindas oleh si Pondan as-Sisi, penderitaan saudara-saudara di Rohingya, dan krisis-krisis kemanusiaan lain yang melanda saudara-saudara seaqidah kita. Sudah pasti lebaran kali ini agak kelam dan disambut dengan kesayuan.
Ditambah rasa sayu menyambut lebaran kali ini di perantauan buat kali pertamanya berdua sahaja bersama-sama seorang ahli keluarga (usrah). Sementara ramai rakan-rakan yang lain beraya di kampung halaman. Sekurang-kurangnya kehadiran ukht ini mengurangkan rasa sayu dan kami saling melengkapkan raya antara satu sama lain. Haru-biru juga jika beraya bersendirian tanpa teman.
Kami memilih untuk mengerjakan solat aidilfitri di surau Malaysian Hall bersama-sama sebilangan rakyat Malaysia yang tidak pulang ke kampung halaman dan tidak kurang juga dengan mereka yang memilih untuk merasai suasana kelainan beraya di perantauan. Dan alhamdulillah syukur ke hadratNya diberi kesempatan meraikan kemenangan ini bersama-sama mereka. Walau hanya ala kadar juadah yang dihidangkan selepas solat aidilfitri (masing-masing membawa potluck) kerana ingin menghormati tragedi MH17, ia sudah mencukupi dan cukup disyukuri.
Apa yang diharapkan? Sudah pasti meraikan aidilfitri di perantauan tidak akan pernah sama dengan meraikannya di tanah air. Ditambah dengan peristiwa-peristiwa hitam yang tercatat di sepanjang Ramadhan kali dan juga rentetan insiden-insiden yang tiada kesudahan. Saudara-saudara di Gaza diserang
Terlalu banyak muhasabah yang perlu dilakukan pada 1 Syawal ini. Terlalu banyak ibrah (pengajaran) yang perlu diambil iktibar. Terlalu banyak perasaan yang bercampur-baur yang perlu ditapisi untuk dihayati dan diselami.
Rindu. Pasti rasa ini akan menggamit diri apabila semakin jauh meninggalkan Ramadhan. Malah rasanya sudah dirasai tatkala takbir berkumandang dari surau Malaysian Hall. Sedih dan sayu menyelubungi diri untuk meninggalkan bulan yang dihadiahkan khusus oleh Allah untuk kita, hambaNya. Agar kita dapat melatih dan mentarbiyah diri untuk memberi pengabdian seluruhnya pada Allah tanpa gangguan. Tanpa halangan. Tanpa bisikan halus lagi mengasyikkan syaitan durjana.
Bila direnung dan difikirkan kembali amal sepanjang sebulan Ramadhan kali ini, saya agak gementar. Gementar memikirkan jika ia sudah cukup untuk dijadikan bekal sebelum bertemu Ramadhan seterusnya.
Kadang terfikir, adakah sudah cukup saya mentarbiyah diri agar bersedia untuk menghadapi hari mendatang? Hari yang mana musuh sejati manusia sejak nabi Adam diciptakan sudah bebas dan tanpa pernah putus asa akan terus menghulur mesra tangan mereka mengajak kita menemani mereka di neraka kelak.
Takut dan bimbang jika saya tidak cukup kuat dan akhirnya menyambut kembali huluran tangan sang iblis lalu ditempatkan bersama-sama mereka atau lebih buruk lagi. Naudzubillahi min zalik.
Kadang persoalan sempatkah untuk saya bersua kembali dengan Ramadhan pada tahun hadapan menjengah fikiran. Masih adakah waktu untuk diusahakan kembali pembaikan diri dan penambahan amal atau sudah tersurat ini adalah Ramadhan terakhir untuk dinikmati? Kerana malaikat Izrail datang menjemput tanpa mengira usia. Jika ini Ramadhan terakhir, semoga Allah menerima amal yang sekelumit cuma ini.
Menang atau kalahnya kita, berjaya atau gagalkah kita di bulan Ramadhan dapat dievaluasi melalui perjalanan hidup seharian bermula pada 1 Syawal sehingga bertemu kembali pada 1 Ramadhan seterusnya.
Pernah dikongsikan ketika usrah oleh ukht yang dikasihi kerana Allah. Tanda kemenangan kita adalah adanya perubahan pada diri kita selepas Ramadhan. Jika tiada perubahannya dalam diri kita selepas Ramadhan, maka kemungkinan besar Ramadhan tahun ini telah berlalu dengan sia-sia. Tanpa pengampunan daripada Allah. Atau mungkin tanda kita belum menggunakan bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Maka dengan itu, puasa kita tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga. Tidak lebih sekadar bulan untuk menurunkan berat dan menguruskan badan. Tidak lebih sekadar bulan untuk menikmati segala jenis juadah di bazar Ramadhan yang mungkin sukar diperoleh di luar waktunya.
Allahu Allah. Alangkah ruginya kita.
Jika diberi kaca mata yang boleh melihat makhluk ghaib dan diberi alat bantu dengar makhlus halus, sudah pasti pada 1 Syawal ini kita dapat melihat dan mendengar syaitan berdekah-dekah mentertawakan kita. Bersorak-sorai penuh gembira. Tertawa gembira melihatkan tiadanya perubahan pada diri kita walau mereka tiada untuk memesongkan kita daripada jalan Allah. Bersorak-sorai gembira meraikan kemenangan mereka. Kemenangan mereka mendidik kita sebelum Ramadhan sehinggakan kedatangan Ramadhan langsung tidak mendekatkan kita kepada Allah.
"Haha. Aku kena ikat dan dibelenggu sebulan pun masih tak ada perubahan pada mamat atau minah ni. Senang kerja aku nak tarik mereka ni teman aku kat neraka. Tak pun lagi teruk dari aku. Kat neraka paling dalam. Tu lagi aku suka. Padan muka." Pasti ini kata-kata syaitan yang bakal kita didengari jika diizinkan Allah.
(Syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipu belaka kepada mereka. Mereka itu tempatnya di neraka Jahanam dan mereka tidak akan mendapat tempat lain darinya.
(4;120-121)
Sejujurnya, saat saya bertakbir bersama-sama puluhan rakyat Malaysia yang lain tadi, hati kecil saya berbisik penuh tanya jika syaitan sedang melompat penuh keriangan menyambut kemenangan mereka. Tanda gagalnya saya pada Ramadhan kali ini.
Jika ya. Allah, alangkah ruginya saya.
Saya pernah bertanya kepada ukht yang dikasihi Allah ketika sesi usrah yang sama, apakah indikatornya jika seseorang itu berjaya?
Dan ukht ini menjawab, adanya pertambahan dalam amal seharian kita. Jika sebelumnya solat cukup culas atau sengaja diakhirkan pada akhir waktu, kini sudah tidak lagi. Jika sebelumnya hari-hari tidak dilazimi dengan bacaan al-quran, kini al-quran sudah menjadi teman sejati. Jika sebelumnya diri terasa begitu berat untuk beribadah kepada sang Pencipta, kini sudah tidak lagi.
Malah terasa hati begitu seronok melaksanakan suruhan Allah. Terasa kedekatan diri kita kepada Allah. Malah amal kita semakin bertambah berbanding sebelum Ramadhan dan tetap konsisten selepas Ramadhan. Bukan hanya sekadar hangat-hangat bulan Ramadhan.

Selain ibadat, amatilah juga perubahan lain pada diri. Samada hati semakin suci setelah disental dan digilap sepanjang Ramadhan. Atau adakah ianya masih dalam keadaan sama? Busuk bernanah dan keras berkarat?
Jika sebelumnya hati kita diisikan dengan perkara selain Allah, adakah kini tetap sama? Adakah kita sudah meletakkan segala pengharapan hanya kepadaNya? Membenarkan dalam hati hanya cinta kepadaNya?
Tepuk dada tanya hati. Hanya Allah dan anda sendiri mengetahui jawapannya.
Hati suci yang meletakkan Allah sebagai yang utama itulah tanda kemenangan. Kerana ia menandakan tahap keimanan kita padaNya. Dan keimanan ini bakal membuahkan amal yang tiada hentinya selepas Ramadhan ini.
Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang menang dan syaitan beramai-ramai menangisi kekalahan mereka. Semoga Ramadhan kali ini merubah kita menjadi hambaNya yang bertaqwa kerana,
Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(2;183)
Untung berpeluang untuk pergi solat hari raya. Saya tak berpeluang pun sebab di Jasper, komuniti Islam sangat kecil. Masjid pun takde.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kat sini ramai muslim dan ramai Malaysian. Tapi tak lah seramai macam di bandar-bandar beasr yang lain kat sini.
DeleteInsyaAllah ianya satu mujahadah untuk uhkti berada di sana. Ada hikmah di sebaliknya yang hanya Allah tahu. =)
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.
p.s nampaknya merentasi benua perkenalan kecil kita ni. ;)