Pages

September 23, 2014

Kerana Dia




credit



Menaiki tangga dewan kuliah, mata Batrisya memandang lurus ke hadapan. Ke arah tempat duduk kegemarannya di penjuru dewan kuliah. Paling atas. Terceruk. Dan keseorangan. Jauh daripada rakan sekelas lain.



Bukan dia tidak mahu bergaul cuma dia malas. Lantaklah orang kata dia tidak pandai bersosial.



Yang penting kedudukan tempat tu senang untuk dia tidur jika kelas bosan. Dan memang itulah yang sering dia lakukan.



Qadar tidur katanya. Tak pun qadaya (tidur sebentar di tengah hari) 



Buruk perangai.



Tapi kali ini, hasrat Batrisya terbantut. Tak jadi tidur.



Kelas Dr Spencer sangat menarik dan interaktif. Rasa sayang kalau tidur.



Itulah tanda aras pensyarah itu best atau tidak.



"So, anyone can tell me the reason why we have to stabilize the fracture first?" Mata Dr Spencer melirik ke arah pelajar-pelajar.



"So that it'll be easy to heal?" Seorang pelajar di hadapan menjawab.



Bab-bab soalan ni bagi kat student duduk depan jawab.



"Yeap. Definitely correct!" Dr Spencer senyum.



"But the truth is we, doctors just fix the problem. Fix the bone. That's all. But we never heal them."



Wow. Padu.



Tepat menembak hati.



Batrisya termenung. Berfikir panjang. Istighfar.



Kalau doktor bukan islam pun boleh mengakui batasan kuasanya sebagai doktor, apatah lagi yang mempercayai kekuasaan Allah.


Lagi-lagilah mereka perlu berserah segalanya kepada Allah. 



Bukan berharap pada kuasa manusia. Atau kuasa makhluk ghaib yang lain. 



Kerana Allah jualah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Dialah yang Maha Kuasa. Dialah yang Maha Agung.



Semoga Dr Spencer dikurniakan hidayah olehMu Ya Allah. Bukalah pintu hatinya untuk mencari penyembuh sebenar. Penyembuh segala penyakit di dunia ini. Jasmani mahupun rohani.





Manusia ini



Sifatnya lemah   



Tak mampu buat apa-apa



Tanpa izin Dia



Semuanya berlaku dengan perintahNya.



Hanya kerana Dia



Semata.



Manusia...



Boleh merawat tetapi tidak menyembuh.



Boleh berusaha tapi tidak semestinya berjaya



Boleh memberi manfaat tetapi tidak rezeki



Maka



Semuanya kembali



Kepada Tuhan



Sang Pemilik dunia.



".... Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafa'at melainkan sesudah diizinkanNya. Itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya, patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?"

(Yunus, 10:3) 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...