Pages

October 20, 2014

Bertawakallah!



Tiada kene mengena. Just cuteness overload. =P



'Dan Musa berkata, "Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepadaNya, jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)."
(Yunus, 10:84)



Ayat ini dikongsi dan ditadabbur oleh seorang ukht ketika usrah. Pendek dan simple.


Tapi cukup mendalam maknanya. Dan hati saya cukup terkesan dengan ayat ini. Sehingga air mata tumpah tatkala mendengar ayat ini. 


Kerana ayat ini mengingatkan kita konsep tawakal. Satu konsep yang cukup mudah diungkap tetapi bagi saya cukup sukar untuk diimplementasikan. 


Mudah untuk kita berkata, "Semuanya kehendak Allah. Rezeki Allah. Ketentuan Allah."


Tetapi bagaimana dengan penerimaan kita dengan ketetapan Allah? 


Bagaimana reaksi kita tatkala mendapat rezeki atau musibah daripada Allah? 


Lain bukan. 


Bibir kata lain hati kata lain.


Tetapi tidak teraplikasi pada semua orang. Sesetengahnya sahaja.


Seperti saya.


Kerana jujur saya sendiri pada suatu masa sukar dan alpa untuk berpegang pada konsep ini.  


Lebih-lebih lagi apabila final exam bakal menjelang. 


Saya seorang yang jenis tidak boleh menerima kegagalan. Maka setiap kali sebelum peperiksaan akan ada suatu masa atau hari yang saya akan 'break down'. Tertekan. Serabut. Menangis. Tak tentu pasal. Kemudian demam. Semata-mata kerana takut gagal exam.


Macam lah kalau gagal exam dunia akan kiamat.


Tapi itulah saya. 


Tak pernah tak 'break down' bila exam bakal menjelang.


Setiap tahun. Setiap big exam. 


Dari A-Level sampai lah setiap kali final exam di medical school.  


Dan tempat yang bakal dituju dan mangsa melepaskan tekanan adalah mak saya.


Wanita ini lah yang menadah telinga mendengar saya merapu-rapu. Memujuk saya apabila saya sudah teresak-esak menangis. Yang memberi nasihat dan kata-kata semangat tika semangat saya sudah jatuh.


Hanya kerana satu makhluk bernama 'EXAM'.


Tetapi itu dulu. Sebelum betul-betul berada dalam tarbiyah.


Sekarang juga barangkali. Tetapi mungkin tidak seteruk dulu.


Kerana saya sedar perlakuan saya hanya menunjukkan saya tidak meletakkan tawakal saya pada Allah.


Exam belum bermula tetapi saya sudah berfikir seribu satu kebarangkalian. 


Sedangkan sebelum dilahirkan lagi, ketika di alam roh lagi Allah sudah menetapkan samada saya lulus atau tidak peperiksaan. Cuma perlu usaha sahaja. 


Lulus atau gagal semua sudah tertulis. Sudah tersurat. 


Mustahil dapat diubah lagi.


Cuma kali ini entah syaitan atau jin mana yang merasuk hingga boleh ter'break down' lagi. Sedangkan saya sudah bertawakal dan yakin pada ketentuan Allah selepas gagal pada peperiksaan tahun sebelumnya. Seperti yang pernah dicoretkan di Saya Budak Repeat Year. Kerana saya yakin itu yang terbaik buat diri saya ketika itu. 


Tetapi entahlah.


Kemana melayang terbang iman ketika itu. Hilang semua pedoman.


Saya mengongoi pada mak tak ingat dunia. Menangis bagai tak ingat Tuhan.


Kerana takut exam. Takut gagal sekali lagi.


Haih.


Gagal menghadapi ujian daripada Allah.


Setelah fikiran kembali rasional dan emosi kembali tenang, saya mentadabburi ayat yang dikongsi oleh ukht ini.


Dan ianya cukup menyentap sanubari. Cukup merobek jiwa.


Kerana jika benar seorang manusia itu beriman dia akan bertawakkal pada Allah. Meletakkan segala kebergantungan kepada Allah. Menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang tenang. Jiwa yang lapang.


Dan nampaknya diri ini masih belum bertawakal sepenuhnya.


Bibir kata, "Aku redha dengan apa Allah akan bagi."


Tapi hati berbisik, "Kalau aku gagal lagi macam mana??"


Allahu Allah. Alpanya hambaMu ini.


Walaubagaimanapun syukur alhamdulillah Allah menyedarkan saya kembali dengan sepotong bait cintaNya yang dikongsi oleh ukht ini. Dan ia mengingat agar saya kembali mengukuhkan hubungan dengan Yang Maha Esa.


Kerana hanya dengan kembali padaNya hati akan menjadi tenang.


Jadi sekarang apa yang perlu dilakukan hanyalah usaha sebaik mungkin. Sehabis daya. Tak perlu fikir banyak. Macam-macam.


Hanya tunggu keputusannya. Ketentuan daripadaNya. 






P.S. Walaupun exam bakal menjelang Jumaat ini terasa perlu untuk berkongsi ayat ini. Kerana ayat ini menyedarkan saya kembali. Menjadi wake up buat kali yang entah ke berapa.

P.S.S Memandangkan post ini ditulis dalam masa yang cukup singkat so ianya pendek plus berterabur dan rojak. But hopefully some will gain benefit from it. Biznillah,

October 5, 2014

Seenak Cappuccino








Ruang lobi bangunan yang menempatkan bilik tutorial itu lengang. Tiada tanda-tanda kewujudan manusia lain di situ kecuali dirinya. Sofea memandang pintu bilik tutorial yang tertutup rapat.


Dia mengeluh panjang.


Cuba ditarik pintu itu sekuat hati. Tetapi tidak berganjak.


Eh. Aku awal sangat ke? Rasanya lagi sepuluh minit je lagi nak start tutorial.


Tidak puas hati, ditarik jadual dari dalam beg tangan birunya.


Matanya yang menatap jadual tiba-tiba membundar. Bulat.


Alah. Silap masa rupanya. Bukan pukul 9 tapi pukul 10 lah. Macam mana boleh tersilap tengok jadual nih.



Geram. Marah pada diri sendiri. Semua perasaan bercampur.



Tu lah. Cuai sangat. Tak tengok jadual betul-betul.


Tersedar, cepat-cepat Sofea beristighfar.


Astaghfirullah. Bukannya kiamat dunia kalau tersalah tengok jadual.



Dia termenung. Menimbang-nimbang untuk ke mana.


Hurmmm. Tapi nak buat apa dalam masa sejam ni.



Ingin ke perpustakaan, dia tiada mood. Nak duduk je di lobi tu, lagi dia tiada mood. Sejam kot. Bukan sekejap.


Puas berfikir, kaki akhirnya melangkah ke cafe yang berdekatan. 


Minum kopi. Untuk pujuk diri sendiri.



*****



"One cappucino and one croissant please." Sofea memberitahu penjaga kaunter.


Selesai meletakkan tempahan, dia mengambil tempat di sudut cafe. Terceruk. Jauh daripada orang ramai.


Famous jugak cafe ni. Ramai orang.



Bosan. Tak tahu nak buat apa. Mata Sofea melilau. Memandang dan memerhati manusia di sekeliling.



Matanya jatuh pada susuk tubuh lelaki yang sedang mengambil tempat di meja yang bersetentang dengannya.


Alah.. Apasal lah mamat nih duduk kat meja depan nih. Baru nak fefeling duduk sorang-sorang.


Lelaki itu memandang. Senyum.


Haih. Senyum pulak dia nih. Terasa aku mengata dia ke.



Sengih.



Mata Sofea beralih memandang telefon bimbit di tangan. Malas menghadap lelaki di hadapannya. Segan. Walaupun mereka duduk di meja yang berasingan.


"One cappuccino and one croissant."


Terkejut. Sofea mengangkat pandangan. Tepat pada pelayan restoran dihadapannya.


"Yup. Thank you."


Pelayan tadi meletakkan hidangan kemudian berlalu.


Matanya melirik mengiringi pelayan tadi pergi. Tetapi entah mengapa matanya terhenti pada lelaki di meja hadapannya. Lama.


Hurm. Khusyuknya membaca. Buku apa agaknya dia baca.


Sofea menggeleng. 


Haish. Sibuk je nak tahu. Dah. Tu urusan dia.



Cappuccino terhidang dihirup perlahan. Nikmat.



Sedang tangan Sofea meletak cawan di meja, matanya sekali lagi jatuh pada lelaki tadi.


Masih lagi khusyuk menghadap bacaannya.



Buku apa tu? Whole cover warna biru tua. Macam klasik je.




Rasa ingin tahu membuak-buak. Difokuskan matanya pada cover buku biru.




Itu macam..... 




Tapi takkan lah.




Tak puas hati. Diperhati lagi buku di tangan lelaki tadi. Tajam.




Tak salah lah. Memang betul rupanya.




Lelaki tu tengah baca...... BIBLE. 



Tercengang. Mulutnya yang separuh terbuka ditutup. Pantas.


Selama ini tidak pernah sekali pun dilihat mat salleh membaca bible di tempat umum. Ini adalah yang pertama.


Rasa malu terbit dari hati. Menggunung. Bukan pada lelaki tadi. Tapi pada yang Maha Melihat.


Hebatnya hubungan dia dengan Tuhan dia. Sampai kat mana-mana pun dia nak berhubung dengan Tuhan dia. Baca kitab.


Aku?


Lantas telefon bimbit disimpan. Dan quran tafsir berwarna biru dicapai.


Dibuka helaiannya secara rambang. Kemudian dibaca bait-bait kalam cinta perlahan.


Sampai pada satu ayat, matanya terhenti. Terpegun. 


Ditatap lama ayat itu. 



'Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(An-Nisa', 4:110)



Hatinya sebak. Hiba.


Air mata mula bergenang di hujung mata. Menanti saat untuk menitis.


Matanya masih pada ayat tadi. Dibaca sekali lagi ayat itu. 


Dan kali ini dia kalah. Air matanya gugur.


Air mata penyesalan. 


Air mata kesyukuran.


Seribu satu perasaan bercampur. Menerbitkan satu rasa yang hakiki.


RASA KEHAMBAAN. 






Allah. Allah.



Semua ini bukan satu kebetulan.




Bukan kebetulan mataku tersalah melihat jadual.




Bukan kebetulan kakiku melangkah menuju cafe.




Bukan kebetulan lelaki ini duduk setentang denganku.




Melainkan ini semua adalah perancanganMu,




AturanMu.


Untuk menegur hambaMu yang lalai ini.



Malunya aku padaMu ya Allah. 



Betapa aku ini hamba yang cukup sombong. 




Cukup angkuh.




Yang sering melupakanMu. 



Sedang sesaat pun tidak pernah Kau mengalih perhatianMu daripadaku.


Tidak melupakan aku.


Allah.




October 3, 2014

Excuse Me, Nenek Moyang Saya Bukan Cimpanzi!





credit



Suasana hingar di Mary Lockett Hall menjadi sepi apabila Dr Spencer melangkah masuk. Semua pelajar mula merendahkan suara mereka. Berbisik-bisik. Dr Spencer lantas membuka fail di komputer. Mikrofon diklipkan pada kemeja putihnya. Kemudian dia berjalan menghadap pelajar.


"So, today we're gonna have interactive session. I want you to talk.Instead of me talking alone and you fall asleep."


Lembut tetapi ada nada tegas pada suara Dr Spencer yang memecahkan suasana sepi dewan. Ada aura kepimpinan pada suaranya. 


Yalah. Pakar bedah tulang. Antara pakar yang mempunyai aura mereka yang tersendiri. Narcissistic tetapi tidak narcissistic. Tinggi ego tetapi tidak terlalu tinggi. Mudah cerita mereka ada karakter mereka yang tersendiri. 


Maka kelas berlangsung dengan interaksi dua hala antara pelajar-pelajar dan Dr Spencer. Cukup menarik dan interaktif dengan soalan-soalan Dr Spencer. Ditambah dengan soalan-soalan diluar jangkaan oleh para pelajar. Sangat out of the box. 


Dan buat pertama kalinya sepanjang berada di sekolah perubatan, saya merasakan lecture boleh menjadi cukup menarik. Tidak bosan dan tidak menekankan perasaan. Kerana boleh dibilang dengan jari bilangan lecture yang boleh betul-betul menarik perhatian saya. Yang tidak membuatkan saya tersengguk-sengguk di dalam kelas. Dan salah satu daripadanya adalah lecture kali ini berkenaan fracture (patah tulang) oleh Dr Spencer.


Sebelum berakhir lecturenya pada hari itu, Dr Spencer menayangkan satu gambar kerangka tulang tangan manusia.


"Anyone knows how old is this skeleton?"


Sepi. Tiada yang menjawab.


"Just guess. Anyone? Just give me a number."


Mata Dr Spencer melirik memerhati pelajar-pelajar. Mengharapkan ada seorang akan menjeritkan satu jawapan.


"Five thousands years?" Seorang pelajar menjawab.


"Almost there. Higher than five thousands."


"Ten thousands?" Seorang lagi pelajar menjerit dari belakang dewan.


"You almost nail it. It's actually eleven thousands years. The skeleton was dated eleven thousands years. What you see is an evolution of human from monkeys. And it is believed to be the earliest human-like fingers formation."


Dr Spencer tersenyum.


Kejap. Kejap. Apa yang Dr Spencer cakap?


Dia kata jari tu jari monyet yang tengah berevolusi menjadi manusia?


So, literally dia nak kata dulu nenek moyang dia monyet lah? 


Ulangan. Nenek moyang dia. Bukan saya.


Saya tidak akan mungkin sekali-kali mengaku nenek moyang saya berasal dari monyet. Atau tidak akan mungkin sekali-kali saya akan mengaku keturunan saya daripada monyet. 


Never ever. Fullstop.


Bagi anda yang mengambil subjek biologi selain daripada biologi SPM, pasti anda pernah mendengar Teori Evolusi yang dipelopori oleh Charles Darwin. Kalau tidak belajar biologi sekalipun, pasti ramai yang pernah mendengar teori yang cukup terkenal ini. Seluruh dunia lebih-lebih lagi Barat seolah-olah mengimani teori ini.


Perlu diingatkan ini adalah teori evolusi dan bukan revolusi. Diharap tiada yang terkeliru makna dua perkataan ini. Besar perbezaan maksud dua perkataan ini, tahu?


Teori evolusi ini mengenengahkan idea asal-usul kehidupan di dunia yang terjadi dengan sendirinya. Asal-usul haiwan. Asal-usul tumbuhan. Dan tidak ketinggalan asal-usul kejadian manusia. Mereka membahaskan kewujudan hidupan langsung tidak berkaitan dengan kuasa Tuhan. Dan mereka-mereka yang menyokong teori ini yakin bahawa setiap hidupan di dunia ini berasal dari satu sumber yang sama iaitu bakteria yang kemudian berkembang menjadi hidupan lain.


Maka dari situlah datangnya fakta tidak benar manusia berasal dari keluarga monyet. Bahasa mudah, nenek moyang manusia adalah monyet. 


Teori bagaimana seorang manusia itu bermula dengan seekor monyet yang merangkak dan memanjat pokok kemudian berubah perlahan-lahan kepada berjalan membongkok dengan dua kaki sebelum berjalan tegak seperti manusia hari ini. Daripada makan tumbuh-tumbuhan kemudian belajar memasak dan seterusnya.


Rasanya ramai yang tahu teori evolusi manusia ini. Tidak perlu saya terangkan secara panjang lebar lagi.


Cuma apa yang dikatakan Dr Spencer malah teori evolusi itu sendiri sukar untuk diterima akal. 



Bukan sukar tetapi tidak boleh diterima akal langsung. 


Pertamanya adakah begitu rendah martabat kita sebagai manusia berakal untuk disamakan dengan seekor monyet yang tidak dikurniakan akal? 


Sanggup anda mengaku nenek moyang anda dulu seekor monyet? 


Kalau saya, tak sanggup.


Tetapi itu bukan poin utamanya.


Poin utamanya adalah jika kita selongkari fakta sains sendiri, sudah banyak kertas-kertas kajian yang mengemukakan fakta yang menidakkan teori evolusi ini. Tetapi kebanyakkannya di'diam'kan oleh kuasa besar dunia dengan diugut para saintis dengan kerjaya akademik mereka atau mereka dituduh sebagai anti-saintifik.


Antara bukti yang paling nyata untuk menangkis dan menafikan kebenaran teori ini adalah dengan tiadanya manusia atau hidupan lain yang sedang berevolusi sekarang. Tiadanya manusia yang sedang mengalami proses perubahan menjadi bentuk lain. Tiada kita lihat monyet yang separa manusia. Tiada kita lihat haiwan lain yang sedang mengalami perubahan.


Tiada bukan? Maka, jika hidupan boleh berubah suatu masa dahulu, mengapa tidak sekarang?


Dan mengapa manusia adalah produk terakhir dan tiada evolusi selepas manusia?


Selain itu, terdapat para saintis yang cuba menjalankan eksperimen untuk melihat evolusi pada hidupan yang mempunyai kitaran hidup yang singkat. Sesingkat kurang daripada seminggu.


Contohnya lalat buah. Satu eksperimen yang dijalankan pada lalat buah menunjukkan tiada perubahan pada hidupan ini setelah 600 generasi. Maknanya selepas lalat buah pertama, anak cucu cicitnya selepas 600 generasi tetap tidak berubah. Masih mempunyai rupa lalat buat. Malah kajian lain pada bakteria E.coli juga menunjukkan bakteria ini tidak berevolusi setelah 40,000 generasi.

Yang ini lagi hebat.


Antara fakta yang mengukuhkan lagi penolakan teori tidak masuk akal ini adalah dengan ramainya pakar biologi mengakui hidupan di dunia ini adalah sangat kompleks. Dari sekecil-kecil DNA, protin dan sel yang merupakan asas binaan pada setiap hidupan. Dan jika dilihat pada kompleksnya susunan struktur DNA dan juga mekanisma yang ada pada DNA, mustahil evolusi boleh bertahan. 



Dan jika sekecil-kecil organisma tidak mungkin berubah bentuk, masakan hidupan sekompleks manusia boleh berevolusi.


Pelik bukan?


Maka terserlah sudah lompang serta kecacatan pada teori ini. 


Itu jika dari sudut sains. Jika dilihat dari sudut agama pasti teori ini sudah dicampak ke laut awal-awal lagi.


Bukan dari sudut islam semata-mata malah dari sudut agama lain yang percaya pada wujudnya kuasa Tuhan. Semuanya menolak teori ciptaan Darwin ini.


Para cendekiawan islam bersependapat bahawa kewujudan teori evolusi ini adalah untuk menutup mata manusia daripada melihat penciptaan alam ini adalah kerana kuasa Tuhan. Menutup hati manusia daripada meneroka kekuasan Tuhan pada satu-satu penciptaan di dunia ini. Malah ianya memudahkan mereka untuk menerangkan kejadian setiap hidupan dengan sendirinya tanpa bersangkutan dengan kuasa besar lain.


Di Barat, atau kebanyakan tempat di dunia, pelajar-pelajar sekolah atau universiti masih didoktrin dengan teori evolusi walaupun sudah banyak bukti yang menolak teori ini. Hanya kerana teori ini paling mudah untuk menolak ke tepi kewujudan kuasa Tuhan.


Menurut pakar sains islam yang lain, manusia ini secara semula jadinya wujud dalam dua bentuk. Satu roh dan satu lagi jasad. Malah roh lah yang memainkan peranan penting dalam mengaspirasikan kehidupan manusia. Tetapi teori evolusi ini hanya menjelaskan perubahan pada fizikal manusia. Tidak pada rohaninya. 


Bahkan jika menurut logik akal dan melalui nas quran, kita semua tahu manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam AS dan isterinya Hawa. Sepertimana firmanNya,


'Dan ketika TuhanMu berfirman kepada malaikat, "Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.'
(Al-Hijr, 15:28-29)


Manusia pertama yang diciptakan Allah dan disuruh makhluk lain untuk bersujud padanya adalah Adam AS. Maka logikkah seekor monyet yang tidak berakal yang diciptakan Allah untuk menjadi khalifahnya di bumi dan diminta sujud padanya?


Ayatnya mungkin kasar dan tidak enak didengar. Tetapi itulah kebenarannya.


Malah adakah layak seorang rasul yang akan mengajar dan memandu manusia kepada Allah begitu rendah martabatnya? 


Tidak. Tidak mungkin sama sekali.


Sedangkan darjat manusia lebih daripada itu. Diangkat untuk memimpin makhluk lain. Malah dipilih lebih daripada syaitan yang dicipta daripada api.


Jadi mengapakah manusia begitu beria-ia merendahkan martabat mereka? Menyamakan diri mereka dengan monyet? 


Itu tidak dapat saya fikirkan. Melainkan mereka hanya ingin menjauhkan kita daripada agama. Atau mereka mengikut hawa nafsu mereka untuk membenarkan kehendak hati mereka. Itu sahaja. 


Kerana ianya seperti satu penghinaan mempunyai nenek moyang dari keluarga cimpanzi, gorila atau seangkatan dengannya.


No offense. Monyet makhluk yang tidak bersalah. Malah mereka adalah antara haiwan yang pintar. Mereka hamba Allah yang taat. Yang sentiasa berzikir dan memujiNya. Tetapi menyamakan manusia yang dikurniakan akal yang tidak ada pada makhluk lain adalah seperti menghina ciptaan Allah itu sendiri.


Kerana Allah telah menceritakan dalam kitabNya kejadian penciptaan manusia dengan terperinci dalam banyak ayat. Terlalu banyak. Cuma menanti manusia-manusia ini untuk membaca dan memahaminya. Membuka hati mereka, Agar mereka dapat melihat betapa tingginya darjat mereka di sisi Allah berbanding makhluk lain. 


Lebih tinggi daripada makhluk sebaik malaikat.


Oleh itu, ingin saya ingatkan kembali tujuan penciptaan kita di muka bumi ini.


'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."......
(Al-Baqarah, 2:30)


'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.'
(Az-Zariyat, 51:56)


Ya, abid dan khalifahNya. 


Dan jika kita tidak melakukannya?


'Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi mereka tidak menggunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu adalah orang-orang yang lalai. 
(Al-A'raf, 7:179)


Maka kita lebih teruk daripada monyet itu sendiri.


Wallahu 'alam.






P.S: Link kepada sumber fakta di atas. Sila klik untuk membuka pautan.
     

  1.        Four Scientific Reasons That Refute Evolusion
  2.        The Muslim Responses To Evolution
  3.        The transitional Form Dilemma
  4.        Refuting Evolution
  5.        Harun Yahya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...