Pages

October 20, 2014

Bertawakallah!



Tiada kene mengena. Just cuteness overload. =P



'Dan Musa berkata, "Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepadaNya, jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)."
(Yunus, 10:84)



Ayat ini dikongsi dan ditadabbur oleh seorang ukht ketika usrah. Pendek dan simple.


Tapi cukup mendalam maknanya. Dan hati saya cukup terkesan dengan ayat ini. Sehingga air mata tumpah tatkala mendengar ayat ini. 


Kerana ayat ini mengingatkan kita konsep tawakal. Satu konsep yang cukup mudah diungkap tetapi bagi saya cukup sukar untuk diimplementasikan. 


Mudah untuk kita berkata, "Semuanya kehendak Allah. Rezeki Allah. Ketentuan Allah."


Tetapi bagaimana dengan penerimaan kita dengan ketetapan Allah? 


Bagaimana reaksi kita tatkala mendapat rezeki atau musibah daripada Allah? 


Lain bukan. 


Bibir kata lain hati kata lain.


Tetapi tidak teraplikasi pada semua orang. Sesetengahnya sahaja.


Seperti saya.


Kerana jujur saya sendiri pada suatu masa sukar dan alpa untuk berpegang pada konsep ini.  


Lebih-lebih lagi apabila final exam bakal menjelang. 


Saya seorang yang jenis tidak boleh menerima kegagalan. Maka setiap kali sebelum peperiksaan akan ada suatu masa atau hari yang saya akan 'break down'. Tertekan. Serabut. Menangis. Tak tentu pasal. Kemudian demam. Semata-mata kerana takut gagal exam.


Macam lah kalau gagal exam dunia akan kiamat.


Tapi itulah saya. 


Tak pernah tak 'break down' bila exam bakal menjelang.


Setiap tahun. Setiap big exam. 


Dari A-Level sampai lah setiap kali final exam di medical school.  


Dan tempat yang bakal dituju dan mangsa melepaskan tekanan adalah mak saya.


Wanita ini lah yang menadah telinga mendengar saya merapu-rapu. Memujuk saya apabila saya sudah teresak-esak menangis. Yang memberi nasihat dan kata-kata semangat tika semangat saya sudah jatuh.


Hanya kerana satu makhluk bernama 'EXAM'.


Tetapi itu dulu. Sebelum betul-betul berada dalam tarbiyah.


Sekarang juga barangkali. Tetapi mungkin tidak seteruk dulu.


Kerana saya sedar perlakuan saya hanya menunjukkan saya tidak meletakkan tawakal saya pada Allah.


Exam belum bermula tetapi saya sudah berfikir seribu satu kebarangkalian. 


Sedangkan sebelum dilahirkan lagi, ketika di alam roh lagi Allah sudah menetapkan samada saya lulus atau tidak peperiksaan. Cuma perlu usaha sahaja. 


Lulus atau gagal semua sudah tertulis. Sudah tersurat. 


Mustahil dapat diubah lagi.


Cuma kali ini entah syaitan atau jin mana yang merasuk hingga boleh ter'break down' lagi. Sedangkan saya sudah bertawakal dan yakin pada ketentuan Allah selepas gagal pada peperiksaan tahun sebelumnya. Seperti yang pernah dicoretkan di Saya Budak Repeat Year. Kerana saya yakin itu yang terbaik buat diri saya ketika itu. 


Tetapi entahlah.


Kemana melayang terbang iman ketika itu. Hilang semua pedoman.


Saya mengongoi pada mak tak ingat dunia. Menangis bagai tak ingat Tuhan.


Kerana takut exam. Takut gagal sekali lagi.


Haih.


Gagal menghadapi ujian daripada Allah.


Setelah fikiran kembali rasional dan emosi kembali tenang, saya mentadabburi ayat yang dikongsi oleh ukht ini.


Dan ianya cukup menyentap sanubari. Cukup merobek jiwa.


Kerana jika benar seorang manusia itu beriman dia akan bertawakkal pada Allah. Meletakkan segala kebergantungan kepada Allah. Menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang tenang. Jiwa yang lapang.


Dan nampaknya diri ini masih belum bertawakal sepenuhnya.


Bibir kata, "Aku redha dengan apa Allah akan bagi."


Tapi hati berbisik, "Kalau aku gagal lagi macam mana??"


Allahu Allah. Alpanya hambaMu ini.


Walaubagaimanapun syukur alhamdulillah Allah menyedarkan saya kembali dengan sepotong bait cintaNya yang dikongsi oleh ukht ini. Dan ia mengingat agar saya kembali mengukuhkan hubungan dengan Yang Maha Esa.


Kerana hanya dengan kembali padaNya hati akan menjadi tenang.


Jadi sekarang apa yang perlu dilakukan hanyalah usaha sebaik mungkin. Sehabis daya. Tak perlu fikir banyak. Macam-macam.


Hanya tunggu keputusannya. Ketentuan daripadaNya. 






P.S. Walaupun exam bakal menjelang Jumaat ini terasa perlu untuk berkongsi ayat ini. Kerana ayat ini menyedarkan saya kembali. Menjadi wake up buat kali yang entah ke berapa.

P.S.S Memandangkan post ini ditulis dalam masa yang cukup singkat so ianya pendek plus berterabur dan rojak. But hopefully some will gain benefit from it. Biznillah,

1 comment:

  1. Setuju sgt.. Ibu saya selalu nasihat kat saya supaya jangan biarkan diri kita stress/sedih/kecewa tentang kehidupan dunia lebih daripada tentang kehidupan akhirat.
    Easier said than done, but thats the challenge to be a better Muslim. :')

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...