Pages

March 20, 2014

Benarkah Bahagia?




Manusia,

Fitrahnya mesti bertuhan,
Bergantung pada yang Maha Kuasa,
Meminta pada yang Maha Mulia,
Berharap pada yang Maha Pemelihara.

Manusia,

Terciptanya ia dari tanah,
Lemah, tidak berdaya tanpa yang Esa,
Diwujudkan ia hanya sebagai hamba,
Agar patuh menyerah pada Sang Pencipta.

Manusia,

Bahunya tergalas sebuah tanggungjawab,
Memimpin dan memakmurkan alam buana,
Martabat sebagai khalifah kurniaan agung padanya,
Hingga diperintahkan sujud pada Adam, sang iblis dan malaikat mulia.

Manusia,

Begitu tinggi darjatnya diangkat Allah,
Dikurniakan akal serta hawa nafsu,
Agar haq dan batil tidak akan pernah bersatu,
Hingga tertegak kukuh syariatNya di bumi yang satu. 

Tetapi,

Kini manusia,
Alpa pada perjanjian dengan Tuhannya,
Lupa pada matlamat ditiupkan roh ke dalam jasadnya,

Mereka,

Berpaling daripada fitrah asal kejadian,
Tugasan khalifah jauh dicampak dari kehidupan,
Menjadi hamba angkuh lagi bongkak pada Si Tuan.

Dan,

Manusia kira mereka bahagia,
Menjauh dari Tuhan penciptanya,
Meninggalkan tanggungjawab mulianya,
Sebagai abid dan juga khalifahNya.

Manusia kira mereka bahagia,

Mengisi kosongnya hati dengan wahan cinta dunia, 
Manifestasi sebuah cinta berkiblatkan Barat durjana,
Membasahkan kontangnya jiwa dengan hedonisme, 
Terus-terusan hanyut ditipu fatamorgana dunia.

Manusia kira mereka bahagia,

Lagu lagha sebagai penyejuk halwa telinga,
Bergaul bebas sebelum kahwin itu mengikut arus semasa,
Artis dipuja lebih daripada Tuhan yang Esa,
Kencing syaitan diteguk rakus tanpa rasa berdosa,
Najis dadah ditelan tanpa rasa jijik dan loya.


Dan kononnya,
Manusia kira mereka bahagia,
Hidup tidak bertuhan, 
Hidup diseliputi karat jahiliyyah, 
Hidup dilumuri lumpur maksiat,
Hidup diselimuti lautan dosa.


Tetapi hakikatnya,

Manusia-manusia itu,
Hatinya kekosongan tanpa cinta Tuhan,
Jiwanya kontang lagi gersang tanpa alunan kalamullah,
Rohnya lesu dan tenat tanpa sujud pada Allah Yang Esa.

Sesungguhnya,

Manusia-manusia itu,
Sedang keletihan,
Sedang kelesuan,
Sedang kesakitan,
Sedang ketenatan,
Tanpa mereka sedar.

Dan mereka kira mereka bahagia?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...